Monday 9 May 2011

mitos tentang ikan

MITOS TENTANG IKAN PELIHARAAN



Mungkin ramai diantara kita yang mempunyai hobi atau minat memelihara ikan samada di dalam akuarium ataupun kolam yang dibuat di halaman rumah.
Antara ikan yang popular adalah ikan arowana,ikan emas,ikan flowerhorn,ikan kap dan bermacam lagi spesis ikan bergantung pada minat seseorang selain dari kecantikan rupa dan bentuk ikan tersebut.
Harga ikan juga bergantung pada jenis atau spesis ikan tersebut dan spesis ikan arowana adalah diantara yang menawarkan harga yang agak tinggi.Selain itu kos makanan untuk ikan ini juga agak tinggi tetapi kerana rupabentuk dan warnanya serta ciri fizikalnya yang menarik ramai penggemar ikan ini tidak kisah untuk berkorban wang ringgit atas faktor minat.

Ikan Flowerhorn juga pernah popular suatu ketika dulu terutamanya bagi kaum cina kerana pada badannya tertera ukiran yang berbentuk seperti nombor atau tulisan cina.Nombor atau abjad yang terbentuk dikatakan memberi maksud yang membawa tuah pada mereka.Atas faktor ini ia kemudiannya menjadi ikutan pada kaum Melayu untuk turut sama merasai 'tuah' tersebut meskipun abjad tersebut tidak wujud dalam kamus dewan bahasa.

Ikan laga atau di sesetengah tempat disebut ikan karing atau ikan sepilar turut menjadi pilihan kerana warna dan bentuknya yang cantik.Namun kerana ikan ini agak garang dan suka berlaga maka agak sukar untuk memelihara banyak ikan jenis ini di dalam satu akuarium.Ikan ini dikatakan tidak sesuai dijadikan ikan peliharaan di dalam rumah kerana ia dikatakan penarik untuk 'membawa' masuk hantu ke dalam rumah.

Dalam ertikata lain ikan ini menggalakkan hantu untuk bertandang ke rumah.Mungkin hantu juga suka melihat atau bermain-main dengan ikan ini..mungkin hantu air.Samada benar atau hanya satu mitos khususnya dari masyarakat Melayu hanya ikan dan hantu tersebut sahaja yang tahu.

Jika ikan pelaga dikatakan membawa hantu ikan puyu pula dianggap sebagai penghalau hantu.Teorinya sekiranya ada yang ingin memelihara ikan pelaga pastikan juga ada ikan puyu.
Mungkin kerana ciri fizikalnya yang bersisik dan berduri membuatkan hantu takut padanya.

Bagi mereka yang memelihara ikan ini juga perlu berhati-hati kerana sifatnya yang aggresif dan suka melompat.Ada kes yang telah dicatatkan dimana mangsa maut akibat tercekik ikan puyu.Perlu diingatkan ikan ini sukar atau liat untuk mati dan dalam keadaan terdesak atau untuk menyelamatkan diri ikan ini menggunakan sirip dan insangnya iaitu dengan mengembangkannya.Cara ini akan menyebabkan kecederaan atau mangsanya akan tercekik contohnya apabila ia masuk ke dalam kerongkong.Kerana itu berhati-hati ketika memberi ikan ini makan dan pastikan mulut anda tidak terbuka luas.

Ikan emas juga antara ikan yang paling popular dijadikan sebagai ikan peliharaan kerana bentuk dan warnanya yang menarik.
Ia menjadi bertambah menarik apabila diserikan dengan cahaya lampu dan perhiasan di dalam akuarium.Namun ikan ini dikatakan amat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia mudah mati.

Fakta ataupun mitos mengenai ikan ini adalah ia satu-satunya ikan yang dapat mengesan cahaya ultrakiasu ultraungu dan infrared.Ikan ini juga dikatakan dapat mengesan sekiranya akan berlaku gempabumi.Ikan emas ini akan segera melompat keluar dari akuarium ataupun kolam apabila ada tanda-tanda akan berlakunya gempa bumi.

Dari fakta atau mitos tersebut anda pilih ikan mana yang anda suka atau sesuai untuk dipelihara samada nak ikan yang boleh bawa hantu, ikan yang halau hantu , ikan yang bawa tuah atau ikan yang boleh kesan gempabumi.

No comments:

Post a Comment