Monday, 9 May 2011

cara merawat kolam

Pilihan untuk merawat dan menapis kolam landskap atau kolam ikan di rumah anda.



OPTIONS FOR TREATING AND MAINTAINING FISH POND OR LANDSCAPE POND FOR YOUR HOMES.

Tujuh puluh peratus (70) dari badan manusia adalah air, ini membuatkan kebanyakan manusia dengan sendirinya tertarik kepada air. Ramai diantara anda telah pun ata u sedang merancang untuk membina kolam landscape atau kolam ikan dirumah anda.

Adalah dinasihat anda mengkaji secara serius dan mendalam tentang bagaimana anda bercadang untuk merawat dan menapis kolam anda.
Ramai diantara anda sudah pun membina dan menimbus kembali kolam anda disebabkan antaranya masalah berikut ( many people abandoned and demolished their pond due to the followings):-

1. Berbau busuk (foul smell)
2. Air berwarna hijau (Water become green)
3. Kena tukar air tiap-tiap dua bulan atau lebih kerap (Changing pond water every 2 months or more often)
4. Kena bersihkan alat penapis sekurang kurangnya setiap dua bulan (cleansing filter system every 2 months)
5. Ikan mati dan berpenyakit (Un healthy and dead fisd)
Berikut adalah pilihan tentang cara merawat dan menapis kolam landscape dan kolam ikan dirumah anda, ianya disenaraikan bermula dengan yang terbaik dan diakhiri dengan yang kurang baik mengikut pendapat kami.

MERAWAT DAN MENAPIS KOLAM DENGAN KAEDAH 'BIO- FILTER' ATAU EKOLOGI (BIO OR ECOLOGY WATER FILTRATION SYSTEM)

Kaedah ini adalah kaeadah yang terbaik dan yang paling tidak akan menyusahkan anda oleh kerana air kolam tidak perlu ditukar , anda hanya perlu menukar air dikolam penapis ekoloji.. itu pun setahun sekali sahaja untuk membuang keladak didasarnya. Anda hanya perlu ‘flush’ air kotor di ‘sand filter’ dengan memutar pemulas yang tertera di penapis tersebut seminggu sekali.

Kaedah ini mengunakan pokok-pokok untuk menapis air anda. Akar pokok akan menyedut ‘Ammonium nitrate’ dan zat zat lain yang di hasilkan dari najis dan sisa buangan ikan atau bahan organik yang mereput didasar kolam anda. Kolam kecil penapis ekoloji (30% dari saiz kolam utama) akan menarik hidupan air yang lain seperti pepatun (dragon fly) untuk bertelur, anaknya akan menjadi sebahgian daripada ekoloji kolam anda.
Kolam penapis bertanda nombor 2 seperti gambarajah dibawah adalah kolam penapis ekoloji. Kami cadangkan ianya dipenuhi dengan Keladi bunting (Eichhornia crassipes) .
EICHHORNIA CRASSIPES

Kolam ekoloji ini juga boleh mengunakan pokok Cissus nodosa sebagai penapis zat dalam air. Sekiranya anda memilih pokok ini, maka anda perlu membina pergola diatas kolam penapis ekoloji anda, anda juga perlu memasang jaring diatas kolam tersebut untuk menghindar daun kering dari pokok jatuh kedalam penapis dan akarnya boleh masuk melalui jaring dan tidak terhalang.
CISSUS NODOSA
Anda juga boleh menanam pokok ‘Swiss cheese plant’ (Monstera deliciosa) atau pokok pandan wangi (Pandanus amaryllifolious) ditepi kolam anda dan biarkan akarnya masuk kedalam air.
MONSTERA DELICIOSA
PANDANUS AMARYLLIFOLIOUS

Pokok besar berdaun besar seperti ‘Chinese Fan palm’ (Licuala grandis) atau pokok pokok jenis pinang yang lain adalah dicadangkan di tanam ditepi kolam untuk menghadkan cahaya matahari masukan ke kolam anda.
LICUALA GRANDIS
Pokok berdaun kecil atau pun buluh meluruhkan daun dengan banyaknya dan akan mengotorkan kolam anda. Pokok jenis pinang akan meluruhkan pelepahnya yang dimana anda mudah kutip untuk dibuang.

Berikut adalah contoh gambarajah kolam mengunakan kaedah penapis ekoloji

Petunjuk(legends):-

1 Kolam utama (main pond)
2 Kolam penapis ekoloji (bio/ecology pond)
3 ‘Sand filter” (Terdapat dipasaran)(available in the market)
4 Slab konkrit sebagai lantai kedua. Setiap slab mestilah disediakan lubang lubang untuk air mengalir kepetak bawah dan saiz lubang adalah kecil dan tidak boleh dimasuki ikan. (Reinforched Concrete slab with small numerous small holes)
5 Paras air kolam. (pond water level)
6 Air yang telah ditapis keluar ikut air terjun (Filtered water return to main pond)
7 Kaki slab konkrit (Stand for concrete slab)
8 Lubang untuk laluan air (Water passage)
9 Lantai kedua kolam ekoloji (sediakan lubang lubang laluan air). (Reinforced Concrete slab with numerous small holes)
10 Pam rendam (submersible pump)
11 Sangkar untuk pam rendam dari penapis pelastik jenis kasar. Cages to protect submersible pump from clogging)
12 Paip air buang untuk ‘Flushing’ (Water outlet for backwash/flushing)
13 Pokok air jenis terapung (floating water plants)
14 Air yang tidak terdedah kepada sina matahari. (Water not exposed to sunlight)
Di atas ialah contoh 'Sand filter' yang terdapat dipasaran dengan bermacam macam jenana. (An Example of sand filter availble in the market

Nota:
  • Letakkan anak ikan molly ke dalam Kolam Ekologi /penapis bio(2) untuk memakan jentik-jentik (place small type of fish in bio/ecology pond to eat mosquito larvae)
  • Pam rendam tahan lebih lama sekiranya dihidupkan tidak lebih dari 12 jam. Submersible pumps will last longer if operation time do no exceed 12 hours, therefore you need two pumps which operate alternately on timer)
  • Untuk air menjadi jernih, air dari kolam besar hendaklah sentiasa mengalir ke kolam ekologi/bio, jadi elok dipasang dua(2) pam yang 'operate' bergilir mengunakan 'timer'
  • Air yang dipam keluar dari kolam ekologi/bio akan membuat 'pressure'/tekanan didalam kolam ekologi/bio menjadi rendah dan air dari kolam besar akan mengalir secara 'gravity' kekolam ekologi/bio. Continuos pumping of water from ecolog y/bio pond will create lower pressure, therefore continuos flow of water from main pond.
Lantai kedua untuk kolam utama (Perkara 4) seperti ditunjukan diatas boleh juga tidak dibuat tetapi anda perlu membuat ‘balancing tank’ ditempatkan di tempat yang tersembuyi untuk menyimpan air yang tidak terdedah cahaya matahari. Sekiranya lantai kedua tidak akan dibuat, maka kolam anda tidak perlu terlalu dalam. Ada beberapa cara lain untuk membuat penapis ekoloji atau penapis bio , SILA LIHAT SENARAI TIPS UNTUK LANDSKAP DI ATAS-ADA DUA LAGI 'ARTICLE' BERKENAAN PENAPIS EKOLOJI/PENAPIS BIO.(THERE ARE ANOTHER TWO ARTICLES ON BIO FILTER, PLEASE GO TO LIST OF LANDSCAPE TIPS ON THE RIGHT COLUMN)

Kaedah ekoloji akan mengalakkan ikan anda untuk bertelur dan beranak. Anda boleh merancang pelbagai cara asalkan air akan melalui kolam ekologi (2) , penapis pasir (3) dan 'balancing tank' (jika ada).


MERAWAT DAN MENAPIS KOLAM DENGAN KAEDAH 'SAND FILTER' DAN LAMPU 'ULTRA VIOLET' .( WATER FILTRATION SYSTEM USING ULTRA VIOLET (UV) AND SAND FILTER).
Kaedah ini juga membuat kolam anda sentiasa jernih dan tidak banyak penyelenggaraan perlu dibuat selain dari ‘flushing’ ‘sand filter’ setiap minggu.

Kaedah ini paling senang untuk dibina dan agak murah harganya.

Kaedah ini akan menggalakkan tumbuhnya sejenis lumut berwarna kehitaman pada dinding kolam anda dan ini menampakan kolam anda berwarna gelap (macam ‘tinted’) walaupun airnya jernih. Anda dinasihatkan jangan mengikis lumut ini oleh kerana ianya akan menyedut ammonia nitrat dan lain-lain zat didalam kolam anda.

Semua jenis algae terapung yang membuat air kolam berwarna hijau dan kuman akan dihapuskan oleh ‘ultra-violet light/filter’. Saiz lampu bergantung pada saiz kolam anda (anda boleh baca penerangan produk yang disediakan). Adalah dinasihatkan agar anda mendapat khidmat pendawaian dari pendawai yang bertauliah dan penyambung lampu dengan pendawaian dibuat mengunakan 'junction box'.

Petunjuk:-

1 Kolam utama (Main pond)
2 Pam rendam (submersible pump)
3 ‘Sand filter’ (Terdapat dipasaran)
4 Lampu ‘Ultra violet filter”
5 Air yang ditapis keluar ikut air terjun. (Cascading waterfall - filtered water return to main pond)
6 Paip air buang untuk ‘flushing’ (Water channel for backwash)


MENAPIS AIR KOLAM MENGGUNAKAN KAEDAH PENAPIS YANG DIJUAL DI KEDAI AKUARIUM- DI NASIHATKAN JANGAN GUNA SISTEM INI (THIS IS THE TYPE OF FILTER PROVIDED BY MOST FIH POND CONTRACTOR- NOT RECOMMENDED)
Biasanya inilah penapis yang digunakan oleh kontraktor yang di cadangkan oleh kedai aquarium atau oleh orang orang asing yang mempuyai pengaruh luas dalam pembinaan kolam dirumah rumah diseluruh Negara. Kerja kerja hiasan mereka sangat popular , seperti ferro-cement, dan batu tiruan. Malangnya kebanyakan pelaggan akan dipusakakan dengan tugas berat untuk mencuci dan tukar air kolam setiap dua bulan.

Ikan ikan anda akan bergelumbang didalam najis dan buangan mereka sendiri dan ini akan mengundang penyakit. Ammonium nitrate juga akan mengga lakan pembiakan ‘algae’ didalam kolam anda dan kolam anda akan berbau busuk.



Petunjuk:-

1 Kolam utama (main pond)
2 ‘Brush filter’
3 Penapis plastic kasar atau coral. (Coase plasticfibre filter)
4 Penapis artificial fibre halus (Fine plastic fibre filter)
5 Pam rendam (Submersible pump)
6 Air yang telah ditapis keluar ikut air terjun (cascading wat erfall).


MENAPIS KOLAM MENGGUNAKAN RAGA YANG DILAPISKAN DENGAN 'ARTIFICIAL FIBRE SHEET' . (THE TYPE OF FILTER USUALLY DONE BY DIY- NOT RECOMMENDED).

Petunjuk;-

1 Kolam utama (Main pond)
2 Pam rendam (submersible pump)
3 Laluan air melalui pam ke air terjun (Water outlet cascading waterfall)
4 Raga yang dilapiskan dibahagian dalam dengan penapis fibre tiruan. Bahagian ini disenbunyikan dibelakang air terjun. (Basket with plastic fibre filt er)

Biasanya penapis jenis ini ialah hasil ‘Do-it-yourself’ (DIY) .
Kami kagum dengan ‘effort’ dan semangat yang ada pada mereka yang rajin ‘DIY’ untuk buat kolam sendiri. Kami rasa mereka akan banyak menghabiskan masa mereka untuk ganti air setiap minggu.

Terdapat banyak lagi jenis penapis yang boleh dibeli dipasaran. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan membaca dengan teliti cara penjagaannya dan adakah anda sanggup untuk melakukannya

No comments:

Post a Comment